welcome to my weird world
Pejam celik pejam celik dah nak dekat 2 tahun aku kenal dia. Dan maknanya dah 2 tahun jugak aku menetap di perak ini. Masih segar di ingatan aku waktu pertama kali aku berjumpa si dia.
"tinggggggg..." lif tiba-tiba terbuka tanda aku sudah sampai di tempat pendaftaran...gementarnya aku rasa time tu..tambah pulak aku tengok semua lelaki yang berada di situ..
"adik ambil borang dekat situ dan isi ye"tegur seorang budak lelaki sambil menunjuk ke arah satu meja apabila melihat aku masih tercangak disitu..tidak tahu buat apa...aku hanya mampu mengangguk sahaja lalu menuju ke arah meja yang di tunjuk kan nya tadi..
"alamakkkk tak bawa pen la pulak..macam manalah aku boleh lupa ni...tulah gelabah sangatt.." omelku perlahan...karang orang engat aku sewel pulak cakap sorang-sorang..sambil mata ku melilau mencari kerusi kosong..
"kerusi ni ada orang tak bro??" tanya aku kearah seorang budak lelaki yang aku tengok dari tadi duk kusyuk mengisi borangnya..
"tak ada duduklah.."katanya tanpa memandang kearah aku...lalu aku pun duduk disebelahnya sambil aku menjeling kearah borangnya itu...aku tengok borangnya sudah penuh di isi..aku masih teragak-agak untuk meminjam pen kepadanya..yelah aku ni bukan la seorang yang mesra alam..nak tegur orang pun pikir dua tiga kali..
"nah..pinjamlah..aku dah habis isi pun"tetiba budak laki tadi menhulur pen kearah aku..mungkin dia tau kot aku tak ada pen..yelah dari tadi dia tengok aku tenung kertas borang tersebut..tanpa berbuat apa-apa..
"erkkk...terima kasih nanti aku bagi balik erk" lalu aku mengambil pen tersebut dan dia hanya mengangguk kepala..dan kemudian berjalan masuk ke dalam bilik pendaftaran..
selesai aku mengisi borang aku pun berjalan menuju kebilik yang sama...
"eyh tak bawak relsult x-ray ke? " tegur seorang budak lelaki..mungkin dia senior kitaorang sebab aku tengok dia yang handle borang pendaftaran kitaorang semua..
"erkk kena bawak ke?"tanyaku ..malasnya aku nak turun untuk ambil result x- ray tersebut..tapi tadi aku tengok tak adapun orang bawak sampul besar-besar..yelahkan result x-ray sampul surat dia besar gedabak...
"tak payah bawak pun tak apa dik..tak penting pun..adik boleh masuk sekarang"belum sempat dia menjawab soalan ku..tiba-tiba sampuk sorang kakak yang berada di belakang senior lelaki tadi..
Aku hanya jeling kearahnya...sambil berlalu pergi..buat aku cuak je mamat tadi tu...ikutkan hati nak je aku bagi penumbuk sebijik dekat dia..
masuk sahaja bilik pendaftaran..aku ternampak budak lelaki yang bagi pinjam pen tadi . Aku pun terus berjalan kearahnya lalu duduk di sebelah bangkunya...
"nahh pen kau..terima kasih bagi pinjam..jasamu amat dikenang" kataku sambil menhulur pen kearahnya...mukanya nampak terkejut time aku hulurkan pen tadi..yelah tak bagi salam tetiba hulur pen..kalau aku pun aku terkejut..
Dia mengusut dadanya sambil memandang kearah aku "haishhh,wat terkejut je orang je la...lain kali bagila salam dulu"...
Aku hanya menayang sengih saja...yelahh salah aku jugak..men terjah je.. " soryyy...nama aku Kyra Arisha panggil Arish je.."
"aku Khalish Rizqin panggil Alish ...eyhh nama kita hampir sama la bunyi "katanya sambil tersenyum...makkk aiii senyumannya boleh buat awek cair kot...terpana aku sekejap..
"eyh jom lah daftar..dah tak ada orang tu..."katanya lagi sambil berjalan ke arah meja pendaftaran..aku pun mengikutnya..
selesai sesi pendaftaran ,kami di beri kunci bilik untuk check in...aku pun menuju kearah asrama perempuan...sebab family aku semua sudah menunggu aku disana..selamatlah asramanya dekat saja dari bangunan pendaftaran tadi...
.........................................................................................................................bersambung