Sunday 26 July 2015

Mr egoist vs Miss weird




Aku jumpa dia time mula2 aku jejak kaki di  Uni aku...(U apa..biarlah rahsia)..time tu orientasi..ye..semua budak baru tak suka orientasi..termasuklah aku..dia merupakan salah sorang OC kitaorang (orang yang handle orientasi tu la..) kawannya mula memperkenalkan nya dengan nama "K..." tapi time tu aku tak amik kesah sangat...tak penting pun bagi aku sampai la aku dan roomate aku mengikuti satu program anak angkat yang berlasung di negeri perak jugak...masih ingat lagi macam mana kami punya menjerit bila dapat tau yang aku dan roomate aku yang paling rapat dapat mak angkat yang sama...haha...semua orang tengok kami time tu..termasuklah si dia..(agaknya lah..) pada petang tu kami di jamukan dengan pelbagai makanan oleh orang kampung semasa hendak mengambil makanan aku terserempak dengan si dia..waktu tu aku hanya senyum kearahnya..tapi dia buat tak tahu dan terus beredar..geram jugaklah time tu bukan senang aku nak senyum kat orang..aku senyum kat dia pun sebab dia OC aku dulu..kena lah hormatkan..tapi kalau dah sombong macam jangan harap aku nak senyum dah...keesokannya selepas selesai program tersebut kami pun beransur pulang...dan lagi sekali kami terserempak dan kali ni dia betul-betul depan aku...kami berlawan mata..tanpa bercakap apa-apa...sampailah dia menjongkit keningnya (macam ziana zain gitu hehe..tapi x la sehebat ziana zain) aku pun terus berlalu dari situ...buat sakit hati je pandang lama-lama...selepas program tu kitaorang tak terjumpa dah...sampai la bulan puasa..di mana satu malam tu aku dan mia roomate aku bercadang memanjat koridor untuk keluar bersahur...time tu kami baru habis mesyuarat untuk ajk iftar yang akan berlansung tiga hari lagi...semasa kami balik ke asrama ada jugak sorang senior ni ajak kitaorang lepak tapi kitaorang tak nak....lewat tengah malam tu ..perut kami mula berkerungcung menyanyi lagu rap...lapar gila kot...kami mengajak roomate yang lain tapi dorang takut..so aku dan mia pun bertekad untuk memanjat koridor asrama untuk pergi ke kedai makan berdekatan..(yelah pintu asrama tutup pukul 12 malam tepat..) time tu kami siap pakai kasut sukan lagi..bukan apa senang nak lari kalau ada apa-apa berlaku...Setengah jam kemudian kitaorang  berjaya keluar dari kawsan U ...time tu mia dah call member lelaki kitaorang ajak lepak sekali....sesampai di kedai makan..kitaorang nampak senior dan member-membernya..(termasuk mr egoist)makan di kedai yang sama...cuak jugak la aku time tu tapi kena buat cool...jenuh jugak aku dan mia tutup muka sampai la salah sorang dari dorang menghampiri meja kami....dia mengajak kami join dorang tapi kami menolak..sekian lama kami di desak untuk join meja dorang...mia pun mengalah..mia menarik tangan aku menuju ke meja dorang...dorang tanya kami macam mana boleh terlepas bukan pintu dah tutup ke..belum sempat kami jawab pelayan sampai..aku dan mia order air masak dahulu..yelah gila haus kot..penat berlari ....selepas pelayan tu beredar salah senior yang berada dekat situ tanya kami tak kan escape semata2 nak minum air masak kot..dekat dorm pun ada kan....sabar je lah aku time tu....aku hanya buat tak tahu sambil meyumbat telingaku dengan earfon...mia yang melayan mereka..bukan la aku nak sombong ke apa...tapi aku memang susah nak bercakap dengan orang tak kenal...sebab tu la hanya mia saja member yang paling rapat dengan aku...setelah sekian lama aku duduk situ baru la aku sedar yang aku duduk betul2 menghadap mamat sombong yang aku jumpa time program anak angkat hari tu...dia memandang ku sambil mgajuk cara dan gerak geri aku..bila aku buat muka..dia pun buat muka..sabar je..serius dia sangat annoyimg waktu tu...semasa pulang keasrama..mia memberitahu aku yang ada orang mintak id wechat ku..aku pun memberinya...sampai di asrama..enset ku berbunyi tanda wechat masuk...aku pun buka fon dan rupa-rupanya si dia yang menghantar wechat dekat aku..pelik jugak mana dia tau wechat aku...aku pun tanya mia..rupanya dia la orang yang mintak id tadi...kitaorang pun mula jadi berbaik..dia pun tak delah sombong mana...sebenarnya dia sangat baik...boleh dikata hari-hari kitaorang wechat..naik sem baru dia menghilangkan diri....aku ni susah nak mulakan chat tapi tak tahu kenapa aku mula menghantar chat kepadanya dulu tapi tak balas...tertanya-tanya jugak la mana dia hilang...sampai la satu petang tu dia muncul dan cakap dia suka aku..terkejut gila time tu...sampai aku cakap kat dia "jangan buat lawak la.."padahal time tu aku dah mula ada perasaan dekat dia..tapi disebabkan ego aku cakap macam tu..bila dan macam mana pun tak tahu..kami mula couple tanpa cakap apa-apa..sampai la sekarang..hope berkekalan la...begitu la kesahnya..xoxo..

No comments:

Post a Comment

welcome weird world